Saturday, January 12, 2008

Galeri

gambar - gambar aktiviti koperasi

Pertanyaan


Alamat:

Koperasi Pembangunan Siswazah Perlis Berhad


No.213, Tkt Atas, Jalan Raja Syed Alwi
Taman Kemajuan
01000, Kangar,
PERLIS

TELEFON : 04-9763245

FAX : 04-9763245

Email :
Pertanyaan : pertanyaan@kopmahabbah.com.my
Keanggotaan : anggota@kopmahabbah.com.my
Skim Pembiayaan : skim@kopmahabbah.com.my


Waktu Pejabat
Isnin - Khamis
8.30 pg - 6.00 ptg

Jumaat
8.30 pg - 12.30 tgh hari
2.30 ptg - 6.00 ptg
Sabtu dan Ahad : TUTUP

Skim Ditawarkan

JADUAL PEMBAYARAN BAGI SETIAP PEMBIAYAAN AL-BAI'U BITHAMAN AJIL

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Skim Pembiayaan Al-Bai'u Bithaman Ajil

Jenis Skim Yang Di Tawarkan :

1. Jualan Tanah/Rumah
(Beli Tanah/Rumah, Pakej Membina/Ubahsuai Rumah)

2. Jualan Kenderaan
(Kereta, Van, Lori, Motorsikal)

3. Jualan Peralatan
(Elektrik, Perabot, Komputer, Buku, Aksesori dll)

4. Pakej Umrah dan Ziarah
(Pakej Muslimin Travel & Tours Sdn Bhd)

Syarat-syarat Am

Pemohon : : Anggota Koperasi Yang Sah

: Telah menjadi anggota 3 bulan dengan caruman yang aktif (untuk pekerja swasta)

: Tempoh anggota serta merta (untuk kakitangan kerajaan)

: Had kelayakan bergantung kepada gaji dan tempoh persaraan (sila gunakan mesinkira untuk melihat kelayakan)



Penjamin : Untuk jumlah mohon > RM25,000.00


2 orang penjamin BPA bergaji minima RM2,000

: Untuk jumlah mohon <= RM25,000.00


1 orang penjamin BPA bergaji minama RM2,000.00 atau


2 orang penjamin BPA

Jadual Pembiayaan

Pembiayaan Tanah/Rumah/Ubahsuai Rumah

Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran Balik Maksimum Kadar Keuntungan Setahun
RM 50,000 hingga RM 100,000 15 Tahun

5% (Jika Tempoh Lebih dari 10 Tahun)

6%(Jika kurang dari 10 Tahun

RM 25,000 hinggai RM 50,000 10 Tahun 6%
Kurang dari RM25,000.00 5 tahun 6%

Pembiayaan Kenderaan

Jenis Kenderaan Status Pekerjaan Anggota Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran Balik Maksimum Kadar Keuntungan Setahun
Kenderaan Baru Kerajaan/Badan Berkanun Sehingga RM 50,000 7 Tahun

4%

Kenderaan Terpakai Kerajaan/Badan Berkanun dan Swasta Sehingga RM25,000 7 Tahun 6%

Umrah/Ziarah/Pelancongan

Jenis Kenderaan Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran Balik Maksimum Kadar Keuntungan Setahun
Umrah/Ziarah Sehingga RM 6,000 3 Tahun

5%

Pembiayaan Perabot/Barangan Elektrik/Motosikal

Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran Balik Maksimum Kadar Keuntungan Setahun
Sehingga RM 10,000 5 Tahun

6%

Skim Pembiayaan dengan Harga Tangguh

  • Tanpa Penjamin
    Pembiayaan Sehingga RM30,000.00 untuk
    kakitangan Kerajaan /Badan Berkanun
  • Gadaian
    Pembiayaan Sehingga RM100,000.00
    - Membuat Gadaian Aset Harga (Rumah/Tanah)
    - Untuk Skim Jualan Tanah/Rumah/Pengubahsuaian Rumah
  • Berpenjamin
    Pembiayaan RM30,001.00 Sehingga RM50,000.00
    Penjamin merupakan Anggota yang membuat Pemotongan Gaji Melalui BPA(Biro Perkhidmatan Angkasa).
  • Syarat-syarat Am
    Telah 3 Bulan diluluskan menjadi Anggota Koperasi Muslimin (kecuali bagi anggota mencarum melalui BPA)
  • Had Kelayakan Pinjaman Turut tertakluk kepada :
    1. Keputusan mesyuarat Anggota Exco
    2. Had umur persaraan
    3. Skim kenderaan tempoh maksima bayaran balik adalah 7 tahun
NOTA : BOLEH MEMOHON 2 SKIM DALAM MASA YANG SAMA / SECARA SERENTAK. TERTAKLUK KEPADA HAD KELAYAKAN.


Skim Hutang Al-Qardhul Hasan

Jenis Skim Yang Di Tawarkan :

1. Skim Al-Qardhul Hasan Berpenjamin

Syarat-syarat Am

Kategori 1 - Berpenjamin


Pemohon : 1. Anggota Koperasi Yang Sah

2. Telah menjadi anggota 12 bulan dengan caruman yang aktif
Pembiayaan 1. Had maksima pembiayaan ialah RM2,000.00

2. Had kelayakan bergantung kepada gaji dan tempoh persaraan (sila gunakan mesinkira untuk melihat kelayakan)

3. Tempoh bayaran balik ialah selama 16 bulan
Tujuan Permohonan 1. Perubatan yang melibatkan pembedahan

2. Ditimpa musibah seperti kebakaran atau bencana alam

3. Pembiayaan yuran pengajian

4. Perkahwinan anggota atau anak anggota



Penjamin 1. Seorang penjamin BPA








Skim Bantuan Al-Abrar

Jenis Skim Yang Di Tawarkan :

1. Skim Bantuan Khairat Kematian

Kategori

Kadar

Penerima




Anggota

RM2000.00 hingga RM5000.00

Suami/Isteri/Anak/Ibu/Bapa

Suami/Isteri

RM500.00

Anggota

Anak (Lelaki <=18 / Perempuan belumberkahwin)

RM300.00

Anggota

Ibu/Bapa

RM200.00

Anggota

2. Skim Sumbangan Anugerah Pendidikan Cemerlang

Kategori

Kadar



Doktor Falsafah (PhD)

RM2000.00

Hafiz Al-Quran - 30 Juzu'

RM2000.00

Sarjana (Msc)

RM1500.00

Ijazah Kepujian Kelas Pertama

RM1000.00

Ijazah Kepujian Kelas Kedua (Atas)

RM500.00

Diploma (CGPA 3.5 dan keatas)

RM300.00

STPM (4A)

RM300.00

SPM/SPVM (6 x 1A)

RM200.00

PMR Pangkat A (8A/9A)

RM100.00

UPSR (5A)

RM50.00

3. Skim Bantuan Ditimpa Musibah

Kategori Kelulusan & Kadar
Kemalangan Yang Kritikal Budi bicara Anggota Lembaga
Kebakaran
Pembedahan Jantung / Buah Pinggang

Keterangan dan syarat-syarat Am :

  • Tiada seorang anggota boleh mendakwa bantuan ini HAKNYA.
  • Kelulusan bantuan ini adalah semata-mata atas budi bicara Anggota Lembaga Koperasi.
  • Laporan hendaklah disediakan oleh Pelapor (Anggota Jawatankuasa Daerah) di mana tempat berlakunya kematian/musibah.
  • Sertakan salinan bukti - surat mati, laporan doktor, laporan polis dan sebagainya [ untuk anugerah pendidikan salinan keputusan yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Pendaftar Universiti berkenaan sekiranya diperingkat Ijazah.]- yang telah disahkan.

Muat Turun

Senarai Borang Muat Turun. Jika anda tidak mempunyai aplikasi PDF (Adobe Acrobat Reader) sila muat turun.

Nama Borang
Versi Word
Versi PDF
Borang Pendaftaran Ahli
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Borang Warith
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Borang Skim Pembiayaan Al-Bai'U Bithaman Ajil
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Borang Skim Hutang Al-Qardul Hasan
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Skim Bantuan Kebajikan Al-Abrar (KEMATIAN)
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Skim Bantuan Kebajikan Al-Abrar (MUSIBAH)
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Skim Bantuan Kebajikan Al-Abrar (ANUGERAH CEMERLANG)
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Borang Kenyataan Gaji Peminjam BPA 60%
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Borang Pembayaran Caruman
word_logo.gif
pdf_logo.gif
Jadual Pembayaran bagi Skim Pembiayaan Koperasi Muslimin pdf_logo.gif
Terma dan Syarat-syarat Pembiayaan Koperasi Muslimin pdf_logo.gif

Aplikasi PDF


Ijtima Nuqaba

Nama Fail
Masalah Usrah Negeri dan Cara Mengatasinya
pps.gif
Ciri-ciri Murabi
pps.gif

Sambutan Jubli Perak

Nama Fail
Buku cenderamata
pps.gif


Caruman Bulanan

Pengenalan

Setelah mendaftar menjadi anggota Koperasi Mahabbah, anda dikehendaki meneruskan komitmen dengan membuat bayaran caruman secara bulanan iaitu caruman wajib dan caruman pilihan.

Caruman Wajib (Minima)

Kod Keterangan Jumlah
0401 Yuran/ansuran saham RM10.00
0201 Simpanan Al-Wadiah RM20.00
0301 Pelaburan hartanah RM 5.00
0601 Derma Tabung Kebajikan(Al-Abrar) RM 3.00
JUMLAH RM38.00

Caruman Pilihan

Kod Keterangan Jumlah
0701 Derma Tarbiyah atau pendidikan RM1.00
0801 Sumbangan Yayasan Muslimin Malaysia RM2.00
0901 Sumbangan Persatuan Ulama' Malaysia RM1.00

Nota : Tuan-tuan amat dialu-alukan untuk membuat sumbangan kepada Persatuan Ulama' dan Tabung Tarbiyah serta Yayasan Muslimin Malaysia


Cara Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara

  • Bayaran Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
    Potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA bagi anggota yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan, badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. (Arahan akan dibuat oleh Koperasi dan Borang akan dibekalkan oleh Koperasi)
  • Bayaran Melalui Potongan Gaji Oleh Majikan
    Potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh majikan bagi anggota yang bekerja dengan syarikat swasta (sekiranya dipersetujui oleh majikan berkenaan). (Arahan bayaran caruman akan dibuat oleh Koperasi terus kepada majikan)
  • Bayaran Sendiri
    Bayaran boleh dibuat dengan Arahan Bank, Cek, Kiriman Wang, Wang Pos atau datang sendiri ke Pejabat Koperasi Pusat.

Perhatian: Bayaran melalui CEK / KIRIMAN WANG / WANG POS / GIRO hendaklah dipalang dan dibayar atas nama "KOPERASI PEMBANGUNAN SISWAZAH PERLIS BERHAD".

Pendaftaran

Pendaftaran PDF Cetak E-mail

Pengenalan

Di atas kesedaran perlunya prinsip mahabbah Koperasi Mahabbah mengajak Seluruh Bekas Pelajar dan Pelajar di Malaysia khasnya, untuk turut serta memberikan sumbangan melalui wadah Koperasi bagi menjayakan misi Ke Arah Penghayatan Sistem Kewangan yang di Berkati.


Keistimewaan Menjadi Anggota

  • Membangun dan menegakkan sistem ekonomi (muamalat) Islam adalah tanggungjawab semua orang Islam lelaki dan perempuan
  • Membangun ekonomi ummah adalah lebih berkesan dan menjamin kejayaan jika melalui jemaah dan prinsip kerjasama (taa'wun)
  • Dapat mengelakkan ahli dan orang Islam dari terus terlibat atau bersyubahat dalam amalan riba'.
  • Dapat menyalurkan sumbangan wang dan harta daripada ahli dan orang Islam untuk kegunaan pada jalan Allah dan kemaslahatan ummah.
  • Dapat membantu saudara-saudara Islam yang memerlukan pertolongan dan pembelaan.
  • Mencarum seringgit sehari dalam koperasi akan menjadi batu asas kepada pembangunan ekonomi ummah dan meluaskan bidang urusniaga yang halal.



Syarat-syarat Menjadi Anggota

Keanggotaan Koperasi Muslimin adalah dibuka kepada semua bekas pelajar dan pelajar yang :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 13 tahun keatas
  • Bermastautin di Malaysia


Borang Pendaftaran

  • Dapatkan borang pendaftaran menjadi anggota melalui :
  • Datang sendiri ke Pejabat Koperasi Pusat atau
  • Hantarkan sampul surat (9" x 4") bersetem dan beralamat sendiri atau
  • Dari Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri atau
  • Anggota-anggota Koperasi yang anda kenali atau
  • Cetak Borang Pendaftaran On-Line


Dokumen Yang Diperlukan dan Fee Pendaftaran

  • Untuk menjadi anggota Koperasi Muslimin sila isi borang Pendaftaran dan hantarkannya ke Pejabat Koperasi Pusat bersama-sama dokumen tersebut :
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Slip Gaji Terakhir
  • Bayaran Fee Masuk sebanyak RM30.00
  • Bayaran bulanan sebanyak RM 50.00 sebulan sebelum 30hb.(Wang Pos/Cek Berpalang atas nama KOPERASI PEMBANGUNAN SISWAZAH PERLIS BERHAD, kami tidak akan bertanggungjawap atas kehilangan pembayaran dengan wang tunai)

Aktiviti

Perniagaan

1) Skim "Jualan Dengan Harga Tangguh" (Al-Bai'U Bithaman Aajil)
Aktiviti ini melibatkan Koperasi Muslimin membeli sesuatu barang yang dihajatkan oleh ahli dan kemudiannya menjual barang tersebut kepada ahli dengan harga tangguh/hutang dan ahli dikehendaki membayar hutang tersebut secara berkala dengan Koperasi mengambil keuntungan yang berpatutan yang dipersetujui bersama.

2) Pelaburan
Koperasi Muslimin amat berhati-hati didalam kegiatan ini. Buat masa ini pihak Koperasi hanya melabur didalam saham yang ditawarkan oleh Kerajaan sahaja disamping mempastikan ianya tidak bercanggah dengan syara'.

3) Skim Perkhidmatan Agensi/Al-Wakalah
Dalam hal ini, Koperasi Muslimin akan menjadi pihak ketiga dalam menyalurkan bantuan pihak pertama (ahli) kepada pihak kedua (penerima sumbangan). Pihak ketiga ini merupakan sebarang institusi atau pertubuhan atau jabatan yang mengendalikan urusan-urusan sosial dan ekonomi ummah. Bentuk-bentuk bantuan ahli boleh dikategorikan kepada yuran, sedekah, wakaf, qurban dan seumpamanya.

Yayasan - RM2.00

Persatuan - RM1.00



Pendidikan / Tarbiyah

Koperasi berusaha mendidik anggotanya dan masyarakat umum untuk memahami sistem perekonomian Islam melalui program-program :

  • Usrah
  • Daurah Tarbiyah
  • Kelas Fiqh Muamalat
  • Seminar dan Forum

Kegiatan ini akan dijalankan dengan kerjasama J/K Perhubungan Negeri, Yayasan Muslimin dan Persatuan Ulama' Malaysia.



Perkhidmatan Telekomunikasi & Multimedia

Kegiatan ini akan dijalankan seperti projek-projek network, hotspot, service serta membekal.


Kebajikan

1) Skim Hutang Al-Qardhul Hasan - dimana Koperasi akan memberi bantuan kepada anggotanya yang mempunyai hajat tertentu dengan memberikan hutang dalam bentuk kewangan dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran keuntungan.

2) Skim Bantuan/Sumbangan Kebajikan - dimana Koperasi akan memberikan bantuan/sumbangan kepada anggotanya berkaitan dengan khairat kematian dan sumbangan anugerah pendidikan cemerlang.

3) Perkhimatan Simpanan Al-Wadi'ah - dimana Koperasi menyediakan ruang untuk anggotanya menabung secara bulanan dan mereka boleh mengeluarkan simpanannya pada bila-bila masa.