Saturday, January 12, 2008

Pendaftaran

Pendaftaran PDF Cetak E-mail

Pengenalan

Di atas kesedaran perlunya prinsip mahabbah Koperasi Mahabbah mengajak Seluruh Bekas Pelajar dan Pelajar di Malaysia khasnya, untuk turut serta memberikan sumbangan melalui wadah Koperasi bagi menjayakan misi Ke Arah Penghayatan Sistem Kewangan yang di Berkati.


Keistimewaan Menjadi Anggota

  • Membangun dan menegakkan sistem ekonomi (muamalat) Islam adalah tanggungjawab semua orang Islam lelaki dan perempuan
  • Membangun ekonomi ummah adalah lebih berkesan dan menjamin kejayaan jika melalui jemaah dan prinsip kerjasama (taa'wun)
  • Dapat mengelakkan ahli dan orang Islam dari terus terlibat atau bersyubahat dalam amalan riba'.
  • Dapat menyalurkan sumbangan wang dan harta daripada ahli dan orang Islam untuk kegunaan pada jalan Allah dan kemaslahatan ummah.
  • Dapat membantu saudara-saudara Islam yang memerlukan pertolongan dan pembelaan.
  • Mencarum seringgit sehari dalam koperasi akan menjadi batu asas kepada pembangunan ekonomi ummah dan meluaskan bidang urusniaga yang halal.



Syarat-syarat Menjadi Anggota

Keanggotaan Koperasi Muslimin adalah dibuka kepada semua bekas pelajar dan pelajar yang :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 13 tahun keatas
  • Bermastautin di Malaysia


Borang Pendaftaran

  • Dapatkan borang pendaftaran menjadi anggota melalui :
  • Datang sendiri ke Pejabat Koperasi Pusat atau
  • Hantarkan sampul surat (9" x 4") bersetem dan beralamat sendiri atau
  • Dari Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri atau
  • Anggota-anggota Koperasi yang anda kenali atau
  • Cetak Borang Pendaftaran On-Line


Dokumen Yang Diperlukan dan Fee Pendaftaran

  • Untuk menjadi anggota Koperasi Muslimin sila isi borang Pendaftaran dan hantarkannya ke Pejabat Koperasi Pusat bersama-sama dokumen tersebut :
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Slip Gaji Terakhir
  • Bayaran Fee Masuk sebanyak RM30.00
  • Bayaran bulanan sebanyak RM 50.00 sebulan sebelum 30hb.(Wang Pos/Cek Berpalang atas nama KOPERASI PEMBANGUNAN SISWAZAH PERLIS BERHAD, kami tidak akan bertanggungjawap atas kehilangan pembayaran dengan wang tunai)

No comments: