Saturday, January 12, 2008

Aktiviti

Perniagaan

1) Skim "Jualan Dengan Harga Tangguh" (Al-Bai'U Bithaman Aajil)
Aktiviti ini melibatkan Koperasi Muslimin membeli sesuatu barang yang dihajatkan oleh ahli dan kemudiannya menjual barang tersebut kepada ahli dengan harga tangguh/hutang dan ahli dikehendaki membayar hutang tersebut secara berkala dengan Koperasi mengambil keuntungan yang berpatutan yang dipersetujui bersama.

2) Pelaburan
Koperasi Muslimin amat berhati-hati didalam kegiatan ini. Buat masa ini pihak Koperasi hanya melabur didalam saham yang ditawarkan oleh Kerajaan sahaja disamping mempastikan ianya tidak bercanggah dengan syara'.

3) Skim Perkhidmatan Agensi/Al-Wakalah
Dalam hal ini, Koperasi Muslimin akan menjadi pihak ketiga dalam menyalurkan bantuan pihak pertama (ahli) kepada pihak kedua (penerima sumbangan). Pihak ketiga ini merupakan sebarang institusi atau pertubuhan atau jabatan yang mengendalikan urusan-urusan sosial dan ekonomi ummah. Bentuk-bentuk bantuan ahli boleh dikategorikan kepada yuran, sedekah, wakaf, qurban dan seumpamanya.

Yayasan - RM2.00

Persatuan - RM1.00



Pendidikan / Tarbiyah

Koperasi berusaha mendidik anggotanya dan masyarakat umum untuk memahami sistem perekonomian Islam melalui program-program :

  • Usrah
  • Daurah Tarbiyah
  • Kelas Fiqh Muamalat
  • Seminar dan Forum

Kegiatan ini akan dijalankan dengan kerjasama J/K Perhubungan Negeri, Yayasan Muslimin dan Persatuan Ulama' Malaysia.



Perkhidmatan Telekomunikasi & Multimedia

Kegiatan ini akan dijalankan seperti projek-projek network, hotspot, service serta membekal.


Kebajikan

1) Skim Hutang Al-Qardhul Hasan - dimana Koperasi akan memberi bantuan kepada anggotanya yang mempunyai hajat tertentu dengan memberikan hutang dalam bentuk kewangan dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran keuntungan.

2) Skim Bantuan/Sumbangan Kebajikan - dimana Koperasi akan memberikan bantuan/sumbangan kepada anggotanya berkaitan dengan khairat kematian dan sumbangan anugerah pendidikan cemerlang.

3) Perkhimatan Simpanan Al-Wadi'ah - dimana Koperasi menyediakan ruang untuk anggotanya menabung secara bulanan dan mereka boleh mengeluarkan simpanannya pada bila-bila masa.

No comments: