Saturday, January 12, 2008

Caruman Bulanan

Pengenalan

Setelah mendaftar menjadi anggota Koperasi Mahabbah, anda dikehendaki meneruskan komitmen dengan membuat bayaran caruman secara bulanan iaitu caruman wajib dan caruman pilihan.

Caruman Wajib (Minima)

Kod Keterangan Jumlah
0401 Yuran/ansuran saham RM10.00
0201 Simpanan Al-Wadiah RM20.00
0301 Pelaburan hartanah RM 5.00
0601 Derma Tabung Kebajikan(Al-Abrar) RM 3.00
JUMLAH RM38.00

Caruman Pilihan

Kod Keterangan Jumlah
0701 Derma Tarbiyah atau pendidikan RM1.00
0801 Sumbangan Yayasan Muslimin Malaysia RM2.00
0901 Sumbangan Persatuan Ulama' Malaysia RM1.00

Nota : Tuan-tuan amat dialu-alukan untuk membuat sumbangan kepada Persatuan Ulama' dan Tabung Tarbiyah serta Yayasan Muslimin Malaysia


Cara Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara

  • Bayaran Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
    Potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA bagi anggota yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan, badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. (Arahan akan dibuat oleh Koperasi dan Borang akan dibekalkan oleh Koperasi)
  • Bayaran Melalui Potongan Gaji Oleh Majikan
    Potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh majikan bagi anggota yang bekerja dengan syarikat swasta (sekiranya dipersetujui oleh majikan berkenaan). (Arahan bayaran caruman akan dibuat oleh Koperasi terus kepada majikan)
  • Bayaran Sendiri
    Bayaran boleh dibuat dengan Arahan Bank, Cek, Kiriman Wang, Wang Pos atau datang sendiri ke Pejabat Koperasi Pusat.

Perhatian: Bayaran melalui CEK / KIRIMAN WANG / WANG POS / GIRO hendaklah dipalang dan dibayar atas nama "KOPERASI PEMBANGUNAN SISWAZAH PERLIS BERHAD".

No comments: